Tuesday, October 15, 2013

DeliverEat Dilaporkan Mengambil-Alih ChopChop






0


Nampaknya arena startup di Malaysia terus berkembang secara positif, apabila hari ini ia diketahui yang mana DeliverEat yang berpusat di Pulau Pinang telah pun mengambil-alih ChopChop.

Untuk makluman, DeliverEat merupakan perkhidmatan menghantar tempahan makanan ke rumah, dan memfokuskan kepada pasaran di Pulau Pinang buat masa ini. ChopChop pula merupakan aplikasi memfokuskan kepada program ganjaran dalam usaha menarik kembali pengguna menggunakan perkhidmatan yang sama.

Menurut DeliverEat, dengan pengambil-alihan ini, ia akan membolehkan perkhidmatan tersebut menarik lebih ramai pengguna dalam menggunakan perkhidmatan mereka dan menerima ganjaran untuknya.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan tetapi dikatakan sekitar lima angka. Ia dikatakan ChopChop hanya dijual sebagai produk sahaja, sementara syarikat GetChopChop masih milik pengasasnya.
Sumber Rujukan: DNA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...