Tuesday, October 15, 2013

Telkomsel Dijangka Memulakan Perkhidmatan Di Malaysia Pada Penghujung Oktober



Salah satu syarikat telekomunikasi popular di Indonesia adalah Telkomsel. Kini, ia dilihat yang mana perkhidmatan telekomunikasi berkenaan bakal turut hadir ke pasaran Malaysia, dan dijangka akan ditawarkan bermula penghujung Oktober ini.



Telkomsel, ataupun melalui nama tempatannya, Telin Malaysia akan menggunakan perkhidmatan MVNO daripada Maxis dalam menawarkan perkhidmatan mereka kepada umum. Nama perkhidmatan mereka dilihat dikenali sebagai Kartu As buat masa ini.

Mengikut apa yang diketahui, mereka akan mensasarkan pekerja Indonesia di Malaysia yang berjumlah sekitar 6 juta orang, dan menawarkan kadar yang amat rendah untuk panggilan balik ke Indonesia.

Ia dikatakan, perkhidmatan yang akan dikenali sebagai Kartu As 2 in 1 ini akan menawarkan dua nombor talian yang berbeza, iaitu satu khusus untuk menghubungi talian di Indonesia, sementara satu lagi khusus untuk digunakan di Malaysia. Perkara ini akan membolehkan pengguna talian berkenaan mendapat harga panggilan yang murah apabila membuat panggilan ke Indonesia menggunakan perkhidmatan mereka.

Sebelum ini, Telkomsel mensasarkan untuk melancarkan perkhidmatan mereka seawal penghujung September. Namun, disebabkan beberapa perkara, ia dilihat ditangguhkan ke penghujung Oktober ini.

Sumber Rujukan: IndoTelko

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...