Setelah mengumumkan SteamOS dan juga Steam Machine sebelum ini, perkara ketiga dan terakhir yang diumumkan oleh pihak Valve hari ini adalah alat kawalan untuk Steam Machine yang dikenali sebagai Steam Controller.
Menyokong sebarang versi SteamSalah satu perkara unik yang dibawakan pada Steam Controller adalah sokongan dwi-trackpad, sekaligus memberikan input yang lebih baik berbanding pelbagai alat kawalan tradisional hari ini.
Alat kawalan ini juga dikatakan membolehkan pengguna memainkan pelbagai genre permainan dengan mudah menggunakannya.
Alat kawalan Steam Controller ini turut menyertakan sokongan hapticyang memberikan gegaran bersesuaian kepada permainan yang dimainkan. Pada masa yang sama, diantara kedua-dua trackpad, Steam Controller ini menyertakan sebuah skrin sentuh, dimana pengguna boleh mengawal beberapa menu dan aksi pada permainan menggunakannya.
Menariknya mengenai Steam Controller adalah ia bukan sahaja ditujukan kepada pengguna Steam Machine, tetapi turut sama menyokong sebarang versi Steam pada hari ini.
Seperti Steam Machine, pihak Valve akan memulakan ujian beta untuknya, dan mungkin kita akan dapat melihat ia hadir ke pasaran dalam beberapa bulan lagi.
Pengumuman ini menjadi pengumuman ketiga pihak Valve pada minggu ini yang memfokuskan kepada penggunaan Steam di ruang tamu. Sebelum ini, mereka telah pun memperkenalkan sistem operasi SteamOS, dan juga sebuah alat permainan yang akan dikeluarkan bersama-sama rakan kerjasama mereka, dinamakan Steam Machine.