Pada hari ini, terdapat beberapa cara untuk memaparkan kandungan peranti mudah-alih anda terus ke skrin yang lain, termasuk salah satunya menggunakan Chromecast daripada Google. Namun, Google tidak menghentikan kajian berkenaan dengannya, dan kini berkongsi mengenai Open Project.
Melalui Open Project, ia memfokuskan kepada memudahkan pengguna untuk memaparkan kandungan pada peranti mudah-alih mereka di skrin sentuh yang lain. Untuk menjayakannya, pengguna hanya perlu menjalankan Open Project pada sebarang skrin sentuh atau televisyen, dan ia akan memaparkan sebuah kod QR. Seterusnya pengguna hanya perlu mengimbas kod berkenaan, dan paparan kandungan dari telefon pintar akan diperlihatkan terus pada skrin berkenaan.
Seperti biasa, ia hanya sekadar kajian dan juga konsep sahaja buat masa ini. Daripada apa yang diperlihatkan, ia membawakan kepada kemudahan untuk pengguna berkolaborasi dengan lebih mudah pada skrin besar tanpa hanya perlu bergantung kepada skrin telefon pintar mereka.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan konsep Open Project ini?
SUMBER RUJUKAN: GOOGLE RESEARCH