Monday, September 30, 2013

KELEBIHAN EDITING RAW YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI






(A) KAWALAN WHITEBALANCE (WB)
Suhu warna sesuatu sumber cahaya selalunya memberi kesan yang berlainan kepada gambar anda. Pemilihan whitebalance yang betul akan menghasilkan gambar yang sama seperti apa yang dilihat oleh mata kita. Manakala pemilihan WB yang salah menghasilkan gambar yang tidak menarik. Kelebihan editing RAW adalah anda boleh mengubah WB gambar tersebut di komputer anda seolah-olah gambar itu diambil semula. Ini amat berguna jika sesuatu gambar itu tidak boleh diulang proses penggambarannya seperti majlis perkahwinan, majlis rasmi atau pun jika proses penggambaran semula memakan kos yang tinggi. Anda mungkin boleh mengubah WB menggunakan teknik color balance, saturation dan sebagainya ke atas gambar JPEG dalam photoshop, tetapi hasilnya tidak sama dari segi kualiti dan juga proses yang diambil jauh lebih rumit berbanding dengan menggunakan editing RAW.

Terdapat 3 cara mudah mengubah WB dalam camera raw, iaitu dengan mengubah slider ‘Temperature’ dan/atau ‘Tint’, dengan menggunakan preset WB sedia ada (as shot, cloudy, shade dan sebagainya) ataupun dengan menggunakan WB TOOL.

(B) KAWALAN TONA
Anda boleh mengubah kecerahan keseluruhan gambar melalui slider ‘Exposure’ dan unit ukurannya adalah dalam bentuk ‘eV’ iaitu dari -4eV ke +4eV. Sebagai contoh jika gambar anda diambil pada aperture f/5, shutter speed pada 1/100s dan anda rasakan gambar anda terlalu cerah dan sepatutnya diambil pada aperture f/8, anda boleh ubah slide ‘Exposure’ dari 0eV ke -1eV dan hasil ini adalah bersamaan dengan mengubah aperture dari f/5.6 ke f/8.

Slider ‘Recovery’ berfungsi untuk mengurangkan kecerahan hanya pada bahagian highlight pada gambar anda, manakala slider ‘Fill Light’ pula menambahkan kecerahan pada bahagian diantara ‘shadow’ & ‘midtone’ pada gambar anda.Bahagian antara ‘midtone’ dan ‘highlight’ tidak akan terusik bila slider ini diubah.

Slide ‘Blacks’ mengubah bahagian paling gelap atau bahagian ‘shadow’ dalam gambar. Slider ‘Brightness’ pada asasnya adalah sama dengan slider ‘Exposure’ tetapi slider ‘Brightness’ lebih mengutamakan kecerahan pada bahagian ‘midtone’ gambar tersebut dan hanya memberi kesan yang sedikit/minimal pada bahagian ‘shadow’ dan ‘highlight’. Slider ‘Contrast’ pula mengubah kontra pada keseluruhan gambar.

(C) KAWALAN PENAMPILAN
Disini terdapat 3 slider iaitu ‘Clarity’, ‘Vibrance’ dan ‘Saturation’. Slider ‘Vibrance’ dan ‘Saturation’ lebih kepada menambah/mengurangkan warna dalam gambar, manakala ‘Clarity’ pula lebih kepada menambah/mengurangkan kontra kepada gambar. Kontra yang terhasil di sini tidak sama dengan kontra yang terhasil pada slider ‘Contrast’ di atas kerana untuk slider ‘Clarity’ hanya kontra pada bahagian sempadan yang berlainan kecerahan sahaja diambil kira, seperti bahagian bukit dan langit dalam gambar di atas.

Slider ‘Vibrance’ menaikkan atau menurunkan warna yang kurang menarik (dull) sahaja dan warna ‘skin-tone’ tidak diusik jika slider ini diubah, manakala slider ‘Saturation’ menaikkan atau menurunkan kesemua warna secara keseluruhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...