Monday, September 30, 2013

5 MASALAH UTAMA MENGAMBIL GAMBAR PORTRET & CARA PENYELESAIANNYA (part 1)

MASALAH UTAMA MENGAMBIL GAMBAR PORTRET & CARA PENYELESAIANNYA (part 1)

i) Penggunaan lensa wide angle.
-Lensa wide angle akan menyebabkan bahagian hidung, dahi atau mata subjek kelihatan lebih besar dari saiz yg sepatutnya (jika diambil secara dekat). Lensa 50mm, 70-85mm antara yg disyorkan jika ingin mengambil gambar portret.

biodata

ii) Mata subjek yg tidak sharp (jelas).
-Tukar mode autofocus pd kamera anda kpd single point autofocus (atau one area autofocus) utk mendapatkan bahagian mata yg jelas. Mata subjek adalah bahagian yg terpenting di mana penonton selalunya akan melihat bahagian mata terlebih dahulu dlm sesuatu gambar portret. 

iii) Depth of field yang luas / bokeh yg kurang pada background.
-DOF yg luas menyebabkan subjek & background kelihatan jelas (sharp). Ini menyebabkan tarikan penonton kpd subjek akan menjadi berkurangan kerana terdapat banyak elemen pd background yg boleh menarik perhatian penonoton. Guna lensa dgn aperture yang besar,dekatkan subjek dgn kamera supaya jarak antara background & subjek bertambah, ataupun guna lensa dgn jarak fokus yg lebih panjang untuk mendapat background yg lebih bokeh.

iv) Elakkan 'tanduk' pada subjek anda.
-Ini bermaksud elakkan elemen2 seperti dahan pokok,tiang lampu & sebagainya supaya tidak 'keluar' dari kepala subjek. Latih mata anda utk melihat perkara2 ini sebelum mengambil gambar. Cara yg paling mudah adalah dgn mengubah posisi anda 1 langkah ke kiri atau ke kanan subjek.

v) Masalah out of focus disebabkan aperture yg besar.
-Penggunaan aperture yg besar seperti f/1.8 & ke bawah kebiasaannya memerlukan pemerhatian yg lebih apabila mengambil gambar portret. Ini adalah kerana perubahan jarak yg sedikit antara subjek & kamera boleh menyebabkan gambar kabur (bergantung kepada jarak kamera & subjek).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...