Kali terakhir Apple memberitahu kepada umum mengenai statistik jumlah aplikasi pada App Store mereka adalah ketika laporan pendapatan suku ke-3 2013 yang mana Apple telah mempunyai 900,000 aplikasi pada App Store dan 375,000 daripadanya direka khas untuk iPad.
Dari hari ke hari aplikasi di App Store terus meningkat, dan hari ini App Store telah mencapai jumlah baru iaitu 950,000 aplikasi secara keseluruhan dan menerima kira-kira 50,000 aplikasi hanya dalam tempoh 2 bulan lepas. Berita ini diperoleh daripada AppsFireiaitu perkhidmatan yang memantau, mengemaskini dan merekod setiap aplikasi baru yang hadir pada App Store.
Apple pada kebiasaannya akan meraikan pencapaian yang dicapai oleh App Store dengan mengadakan peraduan kepada pengguna. Sebelum berlangsungnya WWDC tahun ini, Apple telah mencapai 50 bilion aplikasi yang telah dimuat turun daripada App Store dan Apple telah pun memberikan $10,000 iTunes Gift Card untuk pembelian aplikasi di App Store, Mac App Store dan juga iTunes Store kepada pengguna bertuah yang memuat turun aplikasi yang ke 50 bilion tersebut.
Apple mungkin sekali lagi akan melakukan perkara yang sama untuk menghargai pengguna mereka dengan menawarkan hadiah kepada yang memuat turun aplikasi yang ke 1 juta tidak lama lagi.