HTC telah hadir dengan keluarga HTC Butterfly pada penghujung tahun lepas, dan memperkenalkan kemaskini kepada HTC Butterfly S beberapa bulan yang lepas. Kini, mengikut ura-ura awal, ia kelihatan mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan satu lagi peranti dibawah keluarga Butterfly, berkemungkinan pada awal tahun hadapan.
Daripada panel hadapan yang diperlihatkan di arena internet hari ini, ia kelihatan yang mana peranti baru yang dikatakan sebagai kemaskini keluarga HTC Butterfly kelak akan hadir dalam beberapa pilihan warna, dan hanya menawarkan dua butang sahaja pada bahagian hadapan.
Disamping itu, sokongan seperti BoomSound dan sebagainya kelihatan seperti tidak diperlihatkan bersama-sama peranti berkenaan, berkemungkinan mereka ingin memfokuskan kepada sokongan kalis air.
Spekulasi awal juga turut mengatakan peranti ini akan menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800 dengan kelajuan sehingga 2.3GHz.
HTC Butterfly 2 ini dikatakan akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.
SUMBER RUJUKAN: ANDROID COMMUNITY