Wednesday, October 8, 2014

Dracula Untold memang benar mencabar Sejarah Islam



Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah
buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair (kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing dan audiensnya lebih meluas)


tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya, manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa. Yang hairannya mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya (dulu delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu) mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad, mereka tak tunjukkan pula payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad. Mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup oleh Vlad, mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracun sungai Danube tetapi dalam filem nah sekarang Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi pembuka Kota Constantiinople. Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini.

Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota  (Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alFateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam) Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi tapi kini sudah dianggap dunia sebagai seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini!

Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini
Iya, sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli. Ya,
dalam satu sudut nampak seperti oppress tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara ini memastikan tidak berlaku "coup-de-etat" di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan. Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara. Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!! mana tidaknya semua percuma.

Kata sejarawan Georgiades Arnakis "Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman" Satu lagi Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai (nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini). Kalau kita ihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh  ia lebih segak dan hensem kot sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan, mereka tinggi, badan sasa, tidak gemuk. Apabila musuh melihat sahaja sudah kagum dan geruniya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya. Saya akui saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar, banyak juga tetapi menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya
dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan tetapi dari segi manusiawi!

Apapun kelemahan kita orang islam juga ada filem Malaysia masih di tahap memalukan
Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton lihat saja mereka membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba semuanya dengan kajian dan bacaan moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem! maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik tetapi filem sejarah islam kita!

--------------------------------------
TAMBAHAN
alaaa, come on la wey, movies je kot 
yang overeacting sangat ni kenapa?
movies untuk entertaiment je la

yes, it just a movies.

cuba bayangkan perkara sama kepada kita. contohnya. ada orang hasilkan movies tentang kisah kita, semua hampir sama, dari tempat lakonan guna rumah kita, nama guna nama sebenar, mak ayah kita guna nama yang sebenar juga. tetapi, filem ni habis semua totally menghina kita, family kita, imej kita....
kata kita gila, kejam, pencuri, perogol

tuan masih anggap itu hiburan lagi ka?

disiplin menceritakan sejarah perlu dijaga
tidak kira ianya sekadar fisyen, tetapi apabila dimasukkan karakter yang diambil dari sejarah
Ketulusan dalam menyampaikannya perlu berhati hati

anda mungkin rasa ini hiburan, pergi baca comment di youtube oleh non muslim di europe di dracula untold review

baca apa mereka kata tentang turki uthmaniyah sekarang

"oppressor, kejam, melampau,barbaric
lepas tu siap sokong lagi Vlad sebagai hero"

lihat satu dua movies tentang sejarah Turki
terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turki

sudah ramai yang dah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita ini

sekarang 
hiburan lagi kah?

belum kita bincang kesan movies ini (dan kebanyakan movies Hollywood) ini dari psikologi lagi
bagaimana karakter karakter jahat selalu berwajah arab maupun islam
yang baik mesti America

kesannya, islam telah dilihat jahat, mundur, dan pengganas sebelum berlaku tragedi 9 November( World Trade Centre runtuh) lagi

cukup sekadar mencadangkan audiens membaca buku "reel bad arab, how hollywood vilifies people"
tulisan Jack Shaheen, professor dalam bidang Mass Communication dari Southern Illinois University at Edwardsville
Beliau ni sudah menanalisa lebih ratusan movies movies Hollywood dari 1950-an lagi( kalah movie movie di maniac di Malaysia) dan akhirnya keluarkan buku bagaimana Holywood digunakan untuk memburukan arab dan islam

ataupun search saja di google atau journal berkenaan subconscious message, subliminal message in movies, subliminal advertising

(Jika tidak tahu tentangnya, lebih baik fahami terlebih dahulu sebelum artikel ini terlampau over react dan sebagainya)

bagaimana syarikat koporat mengunakan subliminal message dalam poster iklan produk mereka
akhirnya sale mencanak naik

ataupun dalam bidang criminology
bagaimana jenayah boleh meningkat dengan menghebahkan di berita sahaja
yup
dengan berita saja jenayah boleh meningkat

contohnya kita ambil kes bunuh diri ( juga boleh diguna pakai dengan kes kes jenayah) 
berita harian hari ini letakkan di page depannya tajuk " Seorang anak muda bunuh diri di bangunan KLCC semalam"

ikut kajian, rate membunuh diri selepas berita itu disiarkan meningkat 60% dalam tahun itu!
Iya

kajian ini sudah dibuat di Jepun dan German

itulah kekuatan media dalam membentuk pemikiran manusia

best tools for propanganda is a debate, a lecture, a class but
a movies

no one can resist feeling of love, hero and thrilling action movies right?

sekarang?
adakah ianya sekadar hiburan lagi?
sekadar movies?
just for fictional + history entertaiment only?

*
sensitiviti kepada sejarah hanya pada mereka yang benar benar tahu kepentingannya

sumber : FB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...