Friday, April 11, 2014

SIAPA "HACKERS" DAN KENALI "HACKERS"



kepada semua yang sentiasa menyokong giler hackers sehinggalah ke hari ini.Hari ini admin ingin membincangkan topik "siapa hackers?" adakah hackers tu baik atau jahat.Dalam dunia alam maya yang mencabar ini,pasti anda semua pernah dengar tentang "hackers".Pasti jika anda dengar "hackers",anda akan berasa gerun.Jadi mari kita mengenali "hackers" yang popular sejak pengenalan internet pada awal tahun 90-an





"Hackers" ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu baik,sedehana baik dan jahat.antaranya ialah

white hat hacker
"white hat hacker" ini ialah golongan "hackers" yang baik.Sebagai contoh,golongan ini akan "Hack" sesebuah sistem hanya untuk menguji tahap keselamatan sesebuah sistem tersebut.Golongan ini juga dikenali sebagai "ETHICAL HACKER" iaitu golongan "hackers" yang "Hack" sesebuah sistem untuk mencari kelemahan sesuatu sistem daripada diceroboh dan disalah guna golongan "hackers" yang jahat.

Black hat hacker
"black hat hacker" ini ialah golongan "hackers" yang jahat.Mereka ceroboh sesebuah sistem untuk tujuan jahat seperti mencuri password,maklumat penting,mengubah database dan memindahkan sesebuah maklumat.Mereka juga dikenali sebagai "CRACKER" atau Criminal Hacker.Untuk pengetahuan anda semua,golongan ini amat berbahaya.

Grey hat hacker
"grey hat hacker" ini ialah golongan hacker yang personalitinya tidak menentu,kadang-kala baik,kadang-kala jahat.Golongan ini tidak dapat diramal atau "unpredictable".tidak banyak info tentang golongan ini.

Perkataan white hat hacker,black hat hacker dan grey hat hacker diambil daripada filem barat dimana orang jahat didalam filem tersebut memakai topi "cowboy" berwarna hitam manakala orang baik memakai topi "cowboy" berwarna putih.Kesimpulannya,tidak semua "hackers" jahat akan menjadi jahat selamanya,ada sesetengah golongan ini berubah kearah "white hat hacker" dengan bekerja sebagai "security officer","security consultant" dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...