Dengan ruangan storan pada tablet dan telefon pintar yang terhad, mungkin ada sesetengah pengguna inginkan ruangan storan tambahan yang mudah dipindah ke mana-mana. Untuk memudahkannya, kini Sony mengumumkan sebuah pemacu berasaskan USB (flash drive) untuk tablet dan telefon pintar.
Pemacu ini membawakan dua penyambung, iaitu mikro-USB dan juga USB penuh, membolehkan ia dihubungkan pada tablet, telefon pintar ataupun komputer dengan mudah.
Pemacu ini dijangka akan ditawarkan dalam bentuk 8GB, 16GB dan 32GB serta dijangka akan mula dijual bermula bulan Januari 2014 kelak.
Bagi mereka yang sentiasa menggunakan pemacu USB dengan sokongan kabel OTG, mungkin ini salah satu alternatif menarik untuk anda.
SUMBER RUJUKAN: SLASHGEAR