This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Time to Explore (visit MALAYSIA 2014)

Journey into the world’s oldest rainforests, leaving behind only fleeting footprints and a mountain of memories

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, December 26, 2013

Canonical Memperkenalkan Aplikasi Dwi-Boot Antara Android Dan Ubuntu



Canonical sedia memperlihatkan konsep peranti Ubuntu Edge yang boleh dwi-boot sistem operasi Ubuntu dan juga Android. Namun, Ubuntu Edge tidak kesampaian, tetapi sebaliknya hari ini pihak Ubuntu telah pun memperkenalkan aplikasi dwi-boot Ubuntu versi Preview untuk para pembangun.



Menggunakan aplikasi berkenaan, ia akan membolehkan para pengguna untuk boot dengan mudah antara Android dan juga Ubuntu terus pada peranti mudah-alih mereka. Daripada apa yang diperlihatkan, perkara tersebut dilakukan dengan sebuah aplikasi khas yang mengawal proses reboot dan memilih sistem operasi.

Apa pandangan anda terhadap peranti mudah-alih dwi-bootIa dilihat sokongan ini masih lagi pada peringkat pembangunan awal, tetapi bagi mereka yang berminat boleh memuat-turun dan mencubanya pada peranti mereka. Canonical hanya menyediakan fail pemasangan untuk Nexus 4, tetapi ia dijangka boleh digunakan pada pelbagai peranti Nexus yang lain.

Kami masih belum berpeluang untuk mencubanya buat masa ini. Jika anda telah berjaya mencubanya, jangan lupa untuk berkongsi pandangan anda berkenaan dengannya. 

Panduan pemasangan Ubuntu DualBoot

Sumber Rujukan: Canonical

Xiaomi Merancang Untuk Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun Hadapan



Dengan tahun 2014 yang menjelang tiba dalam beberapa hari lagi, pelbagai syarikat telah bersedia dengan perancangan mereka untuk tahun baru, termasuk Xiaomi – salah satu pengeluar peranti dari China.



Xiaomi pada tahun ini telah hadir dengan beberapa peranti, termasuk Xiaomi Mi3, selain mana turut mengambil Hugo Barra dari Google untuk menyertai syarikat mereka.

Untuk tahun hadapan, Xiaomi merancang untuk memasuki pasaran Malaysia dan juga Singapura. Melalui forum rasmi, mereka telah mula mendekati komuniti di Malaysia dan Singapura, dalam mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan pasaran di Malaysia dan beberapa info yang lain.

Tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini. Namun, ia tidak mustahil untuk kita lihat Xiaomi hadir ke Malaysia pada awal tahun 2014 kelak.

Sumber Rujukan: MIUI Forum

Samsung Berkongsi Infografik Evolusi Paparan Telefon



Samsung sebelum ini pernah berkongsi beberapa infografik berkenaan dengan evolusi peranti mudah-alih daripada mereka. Kini, mereka turut hadir dengan sebuah lagi infografik baru – memfokuskan kepada skrin paparan peranti mudah alih.

Samsung dilihat memfokuskan kepada skrin telefon, dimana mereka memperlihatkan beberapa peranti sejak tahun 1988 sehinggalah tahun 2013 kini. Bermula daripada skrin bersaiz kecil, hari ini pada telefon keluaran Samsung, mereka sedia menyertakan skrin HD Super AMOLED.



Jadi, apakah yang mungkin akan dibawakan oleh Samsung pada tahun-tahun akan datang?
Sumber Rujukan: Samsung Tomorrow

Sunday, December 15, 2013

Ulasan Armaggeddon Alien Craft G17

Sesuai dengan namanya tetikus Armaggeddon Alien Craft G17 memang kelihatan seperti sebuah pesawat angkasa milik makhluk asing. Apabila disambungkan kepada komputer lampu biru yang menyala membuatkkannya kelihatan garang seperti piring terbang Independence Day mahu menghancurkan tamadun manusia. Adakah tetikus khas untuk permainan komputer ini mempunyai kemampuan diluar jangkaan ataupun ianya akan terhempas ke muka bumi seperti apa yang berlaku di Roswell New Mexico?
RightLeft
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10

Rekabentuk

Armaggeddon Alien Craft G17 mempunyai bentuk fizikal yang agak aneh. Dari segi saiz ianya adalah tetikus paling besar yang pernah kami gunakan sejak mula berjinak-jinak menggunakan komputer lebih 20 tahun yang lalu. Pada perkiraan kami G17 30% lebih lebar dari tetikus yang kami biasa gunakan. Saiz besar G17 besebab kerana ia membolehkan telapak tangan anda melekap dengan selesa pada permukaannya. Ianya sangat besar sehingga jari kelingking yang biasanya tergantung apabila menggunakan tetikus mempunyai tempat“mendaratnya” tersendiri. Pada awal penggunaan terasa sedikit canggung kerana kami harus merubah cara memegang tetikus gergasi ini tetapi selepas dua minggu kami mula berasa selesa. Saiz G17 yang besar ini mungkin boleh dianggap negatif atau positif bergantung kepada kehendak pengguna. Jujur kami katakan kami gemar tetikus yang besar kerana tangan kami memang besar. Permukaan G17 yang bergetah juga cukup kami gemari kerana berbeza dari tetikus plastik yang kami biasa gunakan. Jika anda sudah biasa menggunakan tetikus kecil saiz G17 yang lebih besar daripada biasa mungkin akan mengakibatkan ianya kurang lancar digunakan. Jadi sekiranya anda mahu membeli tetikus ini ada baiknya jika anda mencubanya terlebih dahulu.


Saiz yang besar ini juga membuatkan tetikusnya lebih berat daripada biasa. Sekali lagi jika anda sukakan tetikus yang ringan G17 bukan untuk anda. Terdapat sebuah tempat penyimpan pemberat khas pada G17 jika anda mahu menambah atau mengurangkan berat tetikus. Terdapat 8 slot yang boleh diisikan dengan pemberat seberat 4 gram setiap satu.

Pada bahagian permukaan bawah, tetikus ini dilengkapi dengan 4 pelapik teflon yang besar. Pelapik teflon yang besar ini memastikan tetikus dapat digerakkan dengan lancar sepanjang penggunaan. Kami cukup menggemari rekaan pelapik teflon yang besar seperti ini kerana pelapik kecil yang ada pada tetikus biasa mudah haus dan mengumpul daki selepas dipakai untuk beberapa ketika. Jangan bohong! Kami tahu anda juga jelek terpaksa membersihkan pelapik tetikus yang berdaki selepas digunakan selama berbulan lamanya. Armaggeddon turut memberikan satu set pelapik pengganti sekiranya pelapik teflon yang sedia ada sudah haus digunakan.

Seperkara lagi yang baik tentang rekaan G17 ialah kabel tetikus yang diselaputi lapisan nylon yang keras. Nylon tahan lasak ini memastikan kabel tidak terputus dengan mudah. Secara keseluruhan kemasan dan kualiti binaan G17 adalah baik.
Penggunaan

Alien Craft G17 didatangi dengan 10 butang dimana 8 daripadanya boleh diprogramkan dengan makronya yang tersendiri. Makro ini kemudian boleh ditetapkan kepada 5 profil berbeza mengikut kehendak pengguna. Kesemua ini dapat dilakukan dengan menggunakan perisian yang disertakan oleh Armaggeddon. Masalah yang kami hadapi semasa menggunakan perisian ini ialah ia kerap menyebabkan berlakunya blue screen of death. Setelah beberapa kali perisian dipasang masalah ini masih berlaku. Kami cuba mendapatkan driver terkini tetapi sehingga artikel ditulis tiada kemasan dilakukan. Akibatnya kami terpaksa menggunakan komputer simpanan kami untuk melakukan ulasan. Masalah BSOD tidak berlaku kepada komputer kedua kami yang sudahpun berusia 4 tahun. Kami tidak tahu apakah yang menyebabkan BSOD berlaku dan ianya amat menjengkelkan.

Bercakap tentyang butang -butang makro kami rasakan butang yang disediakan terasa agak plastik apabila digunakan. Jika kami membelanjakan RM259 untuk sesebuah tetikus kami mahukan kualiti pembinaan yang premium. Kualiti butang Alien Craft G17 adalah sedikit mengecewakan. Seperkara lagi yang kami rasakan kurang menarik ialah cara mengubah kepekaan CPI (Counts per Inch) tetikus yang kurang mesra pengguna. Kepekaan G17 boleh diubah dari serendah 800 CPI sehingga setinggi 8000 CPI. Julat kepekaan yang tinggi ini memang kami sambut dengan baik tapi mengapa butang CPI dan butang tatalan tetikus harus digunakan secara serentak untuk melakukan perubahan? Adalah lebih mudah jika butang CPI hanya perlu ditekan beberapa kali untuk mengubah kepekaan tanpa menggunakan butang tatalan tetikus.

Ketika digunakan untuk bermain permainan komputer kami mendapati G17 adalah sebuah tetikus yang cukup selesa digunakan untuk jangkamasa yang lama. Kami ada katakan bahawa rekabentuk tetikus ini mungkin aneh tetapi rekaan yang aneh inilah yang membuatkan ianya selesa digunakan. Kerana kami tidak perlu menggenggam tetikus (anda hanya meletakkan tangan keatas G17 tanpa perlu menggenggamnya) ketika bermain pergelangan tangan kami tidak cepat lenguh ataupun sakit. Kami tidak menggunakan butang-butang tambahan yang disertakan kerana terasa posisinya yang agak canggung, Tetapi butang-butang asas berfungsi tanpa sebarang masalah.

Kesimpulan

Armaggeddon Alien Craft G17 ialah sebuah tetikus yang lain mempunyai rekaan yang lain daripada tetikus yang biasa anda lihat. Dari segi fizikal ia bukan sahaja lebih besar dari biasa malahan mempunyai rekabentuk yang agak aneh. Mungkin sebab itulah ianya diberikan nama Alien Craft kerana ianya persis sebuah pesawat makhluk asing. Permukaan tetikus adalah bergetah bagi memastikan ianya melekap pada tangan anda sepanjang penggunaan. Pelapik teflon yang besar pada bahagian bawahnya pula memastikan ianya dapat digerakkan dengan lancar. Terdapat pelbagai butang makro yang boleh diprogramkan mengikut kehendak pengguna disamping kemampuan mengubah sensitiviti tetikus dengan mudah dari 800 hingga 8000 CPI. Berat G17 juga boleh diubah dengan menggunakan 8 pemberat yang setiap satunya seberat 4 gram. Rekaan tetikus ini baik dan nampak tahan lasak. Ia turut didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun.


Terdapat 8 buah butang yang boleh diprogramkan mengikut kehendak anda kedalam 5 profil berbeza. Jika anda mahukan tetikus dengan pelbagai fungsi, G17 ialah tetikus yang mungkin anda senarai pendekkan. Tetapi sekiranya anda seperti kami, jumlah butang yang terlalu banyak pada tetikus agak melemaskan.

Sungguhpun didatangi dengan pelbagai fungsi dan rekaan yang menarik, G17 mempunyai beberapa kekurangan. Paling ketara ialah saiznya yang besar membuatkan ianya agak canggung dipegang ketika digunakan buat pertama kali. Kami memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan tangan kami kepada saiz G17. Terdapat juga masalah pada persian yang dibekalkan kerana ia menghasilkan BSOD apabila dipasang pada komputer. Sehingga kini tiada penaiktarafan pada perisian dapat kami muta turun bagi menyelesaikan masala BSOD ini.

PRO dan Kelebihan
Terdapat banyak butang makro yang boleh diprogramkan dengan kedalam 5 profil berbeza
Rekaan yang tampak agresif dan unik. Sangat berbeza dari rekaan tetikus yang biasa kami lihat
Permukaan bergetah yang memastikan jari anda melekap kepada tetikus sepanjang sesi permainan komputer. Pada bahagian bawah pula terdapat 4 pelapis teflon yang besar bagi melancarkan pergerakan tetikus. Turut disertakan ialah satu set pelapik pengganti sekiranya pelapik sedia ada haus
Sistem pemberat boleh laras memberikan anda pilihan mengubah berat tetikus mengikut keselesaan anda.

KONTRA dan Kekurangan
Saiz yang agak besar sari saiz tetikus biasa. Mungkin tidak sesuai digunakan oleh kesemua pengguna. Ianya juga pada hemat kami agak berat.
Beberapa butang tambahan yang disertakan terasa agak plastik dan kurang kenyal apabila ditekan.
Masalahh perisian yang menyebabkan berlakunya BSOD pada sesetengah komputer. Tiada kemasan baru yang dapat menyelesaikan masalah ini.
Armaggeddon Alien Craft G17 dijual pada harga RM 259. Lawati laman web mereka disini.

Typo Ingin Membawakan Papan Kekunci Fizikal Untuk iPhone



Pada hari ini, boleh dikatakan papan kekunci maya pada skrin menjadi medium utama untuk menaip pada telefon pintar. Namun, sesetengah pengguna masih meminati papan kekunci fizikal, seperti yang terdapat pada BlackBerry.

Untuk memudahkan pengguna telefon pintar seperti iPhone menggunakan fungsi papan kekunci fizikal, salah satu aksesori yang bakal dilancarkan tidak lama lagi adalah Typo.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia hadir dalam bentuk sebuah kerangka luar tambahan, membolehkan pengguna menghubungkannya dan menggunakan papan kekunci fizikal untuk tujuan menaip.


Typo dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada CES 2014 dan akan memfokuskan iPhone 5 dan iPhone 5S ketika pengenalan. Sokongan untuk telefon pintar lain dijangka akan menyusul selepas itu.

Bagi anda, adakah papan kekunci fizikal akan dipilih anda, ataupun anda telah sedia mesra dengan papan kekunci maya atas-skrin yang digunakan pada iPhone dan telefon pintar lain hari ini?
SUMBER RUJUKAN: ALLTHINGSD

Instagram Memperkenalkan Sokongan Permesejan Gambar Dan Video – Instagram Direct



Setelah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, hari ini pihak Instagram secara rasminya mengumumkan sokongan permesejan dinamakan Instagram Direct, membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima mesej berbentuk gambar dan video menggunakannya.


Pengenalan Instagram Direct ini dijangka akan terus memperluaskan dan menjadikan komuniti Instagram lebih rapat dan aktif menggunakannya.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu mengemaskini aplikasi Instagram untuk iOS dan Android ke versi terkini, dan boleh mengaksesnya dengan klik pada butang ikon baru yang dipaparkan pada Home Feed.

Melaluinya, pengguna boleh menghantar gambar kepada seseorang secara peribadi, ataupun kepada Follower (sehingga 15 orang). Seperti Twitter, setiap pengguna perlulah mengikuti antara satu sama lain sebelum dapat menerima sesuatu mesej tersebut.

Bagi pengguna Instagram, anda boleh mengemaskini aplikasi Instagram untuk Android dan iOS hari ini, dan mula menggunakannya.


SUMBER RUJUKAN: INSTAGRAM

Sony Mengumumkan Pemacu Berasaskan USB Untuk Tablet Dan Telefon Pintar Android



Dengan ruangan storan pada tablet dan telefon pintar yang terhad, mungkin ada sesetengah pengguna inginkan ruangan storan tambahan yang mudah dipindah ke mana-mana. Untuk memudahkannya, kini Sony mengumumkan sebuah pemacu berasaskan USB (flash drive) untuk tablet dan telefon pintar.


Pemacu ini membawakan dua penyambung, iaitu mikro-USB dan juga USB penuh, membolehkan ia dihubungkan pada tablet, telefon pintar ataupun komputer dengan mudah.

Pemacu ini dijangka akan ditawarkan dalam bentuk 8GB, 16GB dan 32GB serta dijangka akan mula dijual bermula bulan Januari 2014 kelak.

Bagi mereka yang sentiasa menggunakan pemacu USB dengan sokongan kabel OTG, mungkin ini salah satu alternatif menarik untuk anda.

SUMBER RUJUKAN: SLASHGEAR

Mari Mengenali Storan USB Tiruan



Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.

Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu inipendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!


Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.

Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrivetersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.

Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.

Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?

Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.

Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.


Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.

Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.

Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?

Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.

Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.

Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.

Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan

Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.

Tipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.

Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.

Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.

Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?

Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.

Setelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.

Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.

Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.
Muat turun: Perisian h2testw

Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.

Konklusi

Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.

Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.

Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.

sumber : amanz.my

Wednesday, December 11, 2013

Clean Master v4.0.0.644 International Edition

Clean Master v4.0.0.644 International Edition
[Updated] 2013-12-02
[Supported Platforms] Android
[Charges that] completely free
[Safety Instructions] No virus / no plug-ins / no dark buckle
[Category] Prerequisites

Application Profile
Cheetah Master is an essential cleaning tool to clean up millions of Android phone users choose, can strongly cleanup: Cache garbage, unload residues, background processes, privacy information. Also manage APP, and the unique application data move function. For your phone save a lot of space, enhance the mobile speed.
★ ranking in more than 40 countries, official google market instruments, the top ten standings ★
★ Google official market score 4.8 points, the highest score of similar software, over 70 million people evaluate ★

Main features: 
1.NO.1 garbage clean-up effect in the use of most App will generate a large number of cached locally, will unload residual files. Jinshan cleaning masters using the world's first "fire eyes" engine, app cache and precise analysis of residual rubbish results in more than 1.5 times that of similar software.
(2) a key to the process of cleaning up:
Cleanup process at any time secretly running back and a key optimized desktop shortcut buttons, ready to release memory and improve phone running speed, extend battery life.
3 Privacy contents cleaning:
Clean up your browser search history, Internet history, text messages, call records, account passwords and other private information, ensure privacy is not compromised.
4.APP APP unique data management and move functions:
In addition to quick and clean installation package uninstall APP, but also to generate large amounts of data APP (such as big game) packet to move to an external SD card, the system saves a lot of space. (Requires ROOT privileges)

Update Description 
1 shielded Thanksgiving picture show
2 Adjust the probability of reporting
3 Russian garbage cleanup after the repair is completed the Share button clicked crash
Compatible 4. 4.4 ART mode

Application downloads
Jinshan cleaning Masters International Edition (apk/5.9MB)

Rename the filename during downloading, if the same appears as different..!

Please inform us by making comments, if the download links dead.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...