Tuesday, November 5, 2013

Google Memperkenalkan Helpouts – Memudahkan Anda Mendapat Bantuan Daripada Orang Sebenar



Google sering hadir dengan beberapa perkara menarik dalam membantu para pengguna. Hari ini, mereka telah melancarkan salah satu perkhidmatan baru daripada mereka, yang dinamakan sebagai Helpouts.

Helpouts memfokuskan kepada sokongan bantuan pengajaran dan pembelajaran melalui video, membolehkan pengguna dan pengajar berinteraksi dalam bentuk masa nyata, sekaligus membolehkan seseorang belajar berkenaan sesuatu perkara dengan lebih efektif.



 
 
Pelbagai topik disediakan, membolehkan pengguna sama ada ingin menawarkan bantuan atau mendapatkan bantuan melaluinya. Anda boleh semak ke halaman Google Helpouts hari ini dalam melihat bantuan yang disediakan dan mungkin bertambah dari hari ke hari.

Selain versi web, pihak Google juga turut menyediakan sebuah aplikasi khas untuk Helpouts bagi pengguna Android. 

Layari : Google Helpouts
Muat-Turun Google Helpouts untuk Android

Sumber Rujukan: Google Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...