Tuesday, October 15, 2013

Twitter Dilihat Menguji Fungsi Menerima DM Daripada Sesiapa Sahaja


Sehingga ke hari ini, Twitter hanya membolehkan pengguna yang mengikuti antara satu sama lain sahaja untuk menghantar dan menerima DM. Namun ia dilihat akan berubah tidak lama lagi.

Ia diihat yang mana pihak Twitter sedang menguji sebuah sokongan baru, dimana melalui halaman tetapan Twitter, ia menyertakan fungsi untuk menerima DM daripada sesiapa sahaja, walaupun tidak mengikuti antara satu sama lain.



Fungsi ini perlu diaktifkan terlebih dahulu melalui halaman tetapan sebelum seseorang boleh menerima DM daripada semua pengguna.

Twitter dilihat sedang memperkenalkan fungsi ini secara berperingkat, dan mungkin segelintir kecil pengguna sahaja yang dapat melihatnya buat masa ini.

Sumber Rujukan: Pocket-Lint

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...