Wednesday, October 2, 2013

Tidur Yang Tak Cukup Boleh Sebabkan Berat badan Naik






Satu kajian di Eropah mendapati kekurangan tidur melambatkan metabolisme, lantas mengakibatkan
badan menggunakan tenaga berkurangan. Hasil kajian terbaru itu dilaporkan Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, menambah kepada bukti kekurangan tidur boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Kajian itu mencadangkan mendapatkan tidur mencukupi mungkin menghalang pertambahan kenaikan berat badan, kata Christian Benedict dari Universiti Uppsala di Sweden yang mengetuai kajian.

“Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran
penggunaan tenaga harian,” tulisnya.






Kajian sebelumnya pernah mengaitkan kekurangan tidur dengan peningkatan berat badan dan turut menunjukkan bagaimana tidur terganggu turut mengganggu paras tekanan dan hormon berkaitan lapar ketika waktu berjaga.

sumber: berita harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...