Monday, October 7, 2013

Sony Ingin Menjadi Pengeluar Telefon Mudah-Alih Ke-3 Terbesar Di Dunia



Nama Sony bukanlah sesuatu yang baru. Sejak mengambil-alih sepenuhnya saham daripada Sony Ericsson, pada tahun ini, dibawah Sony Mobile, pengeluar telefon pintar tersebut dilihat hadir dengan beberapa peranti yang menarik, dan kini ia dikongsikan Sony mensasarkan untuk menjadi pengeluar telefon mudah-alih ke-3 terbesar di dunia.

Buat masa ini, ia dikatakan Sony Mobile mempunyai pegangan pasaran antara 6.5% hingga 7%.

Daripada apa yang dikongsikan melalui WSJ, ia dikatakan pada tahun ini Sony Mobile memperlihatkan peningkatan yang agak positif. Salah satu perkara yang menyumbang kepadanya adalah kerana kini ia milik penuh Sony, sekaligus memberikan akses penuh kepada pelbagai teknologi daripada bahagian yang lain.

Sebagai contoh, antara perkara yang diberikan perhatian pada tahun ini adalah bahagian kamera dan juga skrin pada telefon pintar Sony. Sony juga baru-baru ini telah mula menawarkan peranti Xperia Z1 yang mana hadir dengan beberapa kandungan khas daripada Sony, termasuk filem percuma untuk pembeli peranti berkenaan.

Selain daripada itu, kini ia dikatakan proses pengedaran lebih mudah, dan mereka mempunyai akses kepada lebih banyak kedai Sony diseluruh dunia.

Sony Mobile dilihat akan terus memfokuskan kepada pasaran perantipremium dengan ciri-ciri menarik, serta pelbagai tawaran kandungan tambahan.

Pada tahun ini sahaja, mereka telah hadir dengan beberapa peranti menarik, termasuk Xperia Z1, Xperia Z Ultra, dan juga Xperia Tablet Z.
SUMBER RUJUKAN: WSJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...