Wednesday, October 2, 2013

Samsung Galaxy Tab 3 10.1 Dengan Cip Intel Dijual Pada Harga Bermula RM1299



Hari ini, Samsung Malaysia bersama-sama Intel Malaysia telah pun mengumumkan tablet Galaxy Tab 3 terkini daripada mereka, sekaligus mengumumkan penawaran tablet berkenaan untuk pasaran tempatan.


Galaxy Tab 3 10.1 merupakan variasi tablt dengan skrin bersaiz 10.1-inci, serta menyertakan resolusi 1280×800 pixel. Sekiranya pengguna sedia menggunakan beberapa tablet dengan resolusi tinggi, maka anda mungkin dapat melihat beberapa perbezaan dari segi paparan pada tablet ini.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip dwi-teras Intel Atom Z2560 1.6GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 3.15-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, serta dilengkapi bateri 6800mAh. Butang fizikal turut dibawakan pada bahagian hadapan, membuatkan ia mungkin kurang selesa sekiranya digunakan secara menegak.

Di Malaysia, tablet versi WiFi ini akan dijual pada harga RM1299, sementara tablet dengan sokongan LTE pula akan dijual pada harga RM1599.

Jadi, pada harganya, adakah tablet ini akan menjadi pilihan anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...