Tuesday, October 15, 2013

Microsoft Mengumumkan Kemaskini Ketiga Untuk Windows Phone 8



Microsoft hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan Windows Phone 8 Update 3, yang mana membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya, termasuk sokongan paparan untuk peranti dengan skrin bersaiz besar dan paparan 1080p.



Pengumuman ini juga sekaligus membuka ruangan untuk peranti Windows Phone bersaiz 5-inci hingga ke 6-inci hadir daripada para pengeluar peranti Windows Phone 8. Perkara ini juga selari dengan peranti Nokia Lumia 1520 yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Disamping itu, Update 3 ini juga turut membawakan sokongan kepada cip pemprosesan berkuasa tinggi, termasuk Qualcomm Snapdragon 800 yang serba baru.

Microsoft juga menambah fungsi baru dinamakan Driving Mode, membolehkan pengguna menerima hanya notifikasi yang terhad sahaja apabila ia diaktifkan. Pengguna juga boleh membuat tetapan supaya mesej automatik dihantar ketika mod ini diaktifkan.

Selain itu, pelbagai perkara lain yang turut disertakan adalah kebolehan untuk menghubungkan ke WiFi apabila membuat tetapan peranti, lebih banyak ringtone untuk pengguna, fungsi rotation lock, serta memudahkan pengguna memadamkan aplikasi dengan lebih mudah.

Kemaskini Windows Phone 8 Update 3 ini dijangka akan diperkenalkan kepada umum dalam masa beberapa bulan lagi.

Sumber Rujukan: Windows Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...