Dengan dunia HTML5 terus berkembang positif dari hari ke hari, kini pihak Google hadir dengan perisian Web Designer dalam bentuk beta untuk pengguna Windows dan Mac dalam memudahkan mereka membangunkan fail-fail kreatif berasaskan kepada HTML5.
Perisian ini lebih ditujukan kepada pereka-bentuk web, terutamanya mereka yang dalam bidang pengiklanan. Ia bertujuan untuk memudahkan mereka dalam bidang pemasaran untuk membina iklan animasi dalam bentuk HTML5, dan bukannya bergantung kepada animasi Flash seperti sebelum ini.
Penggunaan ini juga sekaligus memudahkan pengoptimasian iklan dilakukan bukan sahaja untuk peranti mudah-alih, tetapi juga untuk desktop.
Untuk tujuan pembelajaran juga, pihak Google menyediakan sebuah saluran YouTube khas yang dilengkapi dengan beberapa video tutorial.
Bagi mereka yang menggunakan Mac dan juga Windows, mungkin boleh memuat-turun Google Web Designer dalam bentuk beta ini, dan mencubanya sendiri dalam membangunkan fail web mesra HTML5.
Muat-Turun Google Web Designer
SUMBER RUJUKAN: DOUBLE CLICK