Google hari ini memberikan sedikit kemaskini pada perubahan yang akan diperkenalkan pada aplikasi permesejan dan SMS mereka, dimana melalui Android 4.4 KitKat kelak, pengguna akan diberikan pilihan untuk memilih aplikasi utama untuk tujuan tersebut.
Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana melalui Android 4.4 hanya satu aplikasi sahaja yang akan menguruskan dan mengakses SMS dan juga MMS anda, sebaliknya aplikasi lain hanya sekadar menawarkan notifikasi sahaja.
Secara tidak langsung, ia juga memberikan idea yang mana berkemungkinan pihak Google akan mengintegrasikan sokongan SMS pada aplikasi Hangout, seperti mana telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini.
Sumber Rujukan: Android Dev