Canonical pada bulan lepas telah memulakan pengumpulan dana untuk Ubuntu Edge melalui IndieGogo. Kini, setelah sebulan, tempoh untuknya telah pun tamat, dan kelihatan seperti pihak Canonical gagal mencapai sasaran mereka – $32 juta.
Ubuntu Edge hadir dengan beberapa perkara baru dalam arena teknologi, termasuk sokongan Android dan juga Ubuntu Touch, selain membolehkan ia menjalankan sistem operasi Ubuntu sepenuhnya apabila dihubungkan sebagai komputer
Peranti tersebut ditawarkan pada harga $695 melalui IndieGogo, dan mendapat perhatian ramai ketika permulaan kempen. Sehingga tempoh masanya tamat, Ubuntu Edge berjaya mengumpulkan lebih daripada $12.8 juta secara keseluruhan.
Walaupun gagal mencapai sasaran, namun boleh dikatakan ia merupakan salah satu usaha yang baik, selain mana memperlihatkan apakah yang boleh dibawakan oleh peranti berasaskan Ubuntu Touch.
Pihak Canonical sedia mengatakan yang mana Ubuntu Edge tidak akan diteruskan sekiranya gagal mencapai sasaran.
Mark Shuttleworth mengatakan yang mana perkara ini telah sedia memperlihatkan permintaan pengguna untuk peranti berasaskan Ubuntu, dan beberapa telefon berasaskan platform ini akan dipasarkan pada tahun 2014 kelak – yang akan hadir oleh beberapa pengeluar lain.
Walaupun gagal, Mark turut mengatakan yang mana ia bukanlah suatu usaha yang sia-sia, dan mereka mungkin pada satu hari akan mengambil pengajaran daripada kempen ini dan mencubanya sekali lagi.