Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj wanita. Jangkitan boleh disebabkan oleh sikap tidak perihatin atau cermat wanita di dalam soal kebersihan anggota sulit mereka.
Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh bakteria semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Wanita hamil dan mengidap penyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat candida.
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering dan rosak.
Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Lendir yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti oleh bakteria.
Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang tidak normal ialah:-
Infeksi yang disebabkan oleh kulat. Keluar lendir berwarna putih ataupun kekuningan. Ia berlaku secara berterusan dan biasanya disertai dengan rasa gatal. Infeksi jenis ini kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
Infeksi oleh kuman trichomonas. Keputihan wanita jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.
Infeksi oleh bakteria vaginosis. Tanda-tanda bagi situasi ini ialah keluar cecair yang berwarna kelabu serta berbau.
Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang ditunjukkan dengan keluarnya cairan bersifat 'cheesy', berbau dan bercampur darah.
Kanser pangkal rahim. Tandanya ialah keluar cecair yang biasanya tidak disertai gatal, disertai bau busuk
Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang lain:-
Vaginitis atropik yang timbul pada usia lanjut (menopause), kebiasanya disertai dengan rasa nyilu akibat kekurangan hormon estrogen.
Ubat seperti antibiotik, ubat mengandungi estrogen.
Pemakanan juga merupakn faktor yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti donut, kuih-muih dan gula-gula getah juga boleh menyebabkan keputihan. Pengambilan beberapa jenis buah-buahan seprti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyebabkan keputihan. Kurangkan pengambilan buah-buahan ini jika anda mempunyai masalah keputihan.
Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai dan seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan lagi permasalahan ini.
Terdapat benda asing seperti adanya benang, kain ataupun benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.
Akibat jangkitan bakteria
APAKAH KEBURUKAN KEPUTIHAN
Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Di antara keburukan keputihan ini ialah:
Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.
Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.
CARA MENGATASI KEPUTIHAN
Gunakan produk JoyDrops Intimate Hygiene Liquid Cleanser Lotion. Dapat mengembalikan kesegaran kawasan intim wanita dengan membersih, menyingkir bau dan bakteria. Dapat mengelakan penyakit kelamin dan menjaminkan suasana yang lebih selamat di dalam hubungan suami isteri. Digunakan selepas menjalinkan hubungan seks.
Gunakan produk JoyDrops Genital Bleach Cream. Mampu meresap jauh ke dalam bahagian intim wanita. Melunturkan darah kotor dalam kapilari, menyingkirkan bakteria dan membantu mencipta lapisan kulit sutera dalaman wanita. Sesuai digunakan selepas kedatangan haid.
Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap. Elakkan juga memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.
Disarankan agar mereka yang mengalami masalah ini mengamalkan pemakanan sayur hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.