Friday, September 27, 2013

Nokia Menambah Aplikasi Adidas miCoach Pada Koleksi Aplikasi Lumia



Nokia sedia mempunyai beberapa aplikasi yang eksklusif dan khusus kepada pengguna peranti Lumia, dan terkini pihak Nokia menambah sebuah aplikasi khas memfokuskan kepada kecergasan dan kesihatan, iaitu Adidas miCoach. Aplikasi ini hanya menyokong pengguna Windows Phone 8 sahaja.

Aplikasi miCoach ini berfungsi sebagai pelatih maya, memberikan beberapa arahan, sekaligus memudahkan proses latihan kecergasan oleh para pengguna. Pengguna juga boleh melihat keputusan akhir selepas selesai sesuatu latihan kecergasan, dan seperti biasa boleh berkongsi dengan rakan-rakan lain melalui sokongan sosial terbina.


Aplikasi ini juga turut sama membawakan beberapa integrasi lain, termasuk sokongan Nokia Music dan juga HERE Maps bersama-sama dengannya.

Bagi pengguna peranti Nokia yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Windows Phone Store hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...