Dengan iPhone 5S yang ditawarkan dalam pilihan tiga warna, kini beberapa desas-desus awal turut hadir mengatakan iPad Mini generasi baru kelak akan turut hadir dengan pilihan warna lebih kurang sama iaitu “Space Gray”, silver dan juga emas.
Selain pilihan warna yang lebih kurang sama, ia turut dikatakan yang mana sokongan TouchID turut sama bakal disertakan pada tablet bersaiz sekitar 7.9-inci tersebut.
Mengikut ura-ura sebelum ini, ia turut dikatakan yang mana iPad Mini akan membawakan skrin yang lebih baik, disamping kemaskini pada spesifikasi tablet berkenaan.
Apple dijangka akan memperkenalkan keluarga tablet generasi baru mereka pada bulan Oktober ini.
SUMBER RUJUKAN: CNET
SUMBER GAMBAR: SONNY