Saturday, September 28, 2013

iPad Mini 2 dengan Pengesan Cap Jari Touch ID, Cip A7 64-bit dan Warna Gold?




Kami pernah memberitahu bahawa Apple akan mengadakan satu lagi acara khas untukmelancarkan beberapa produk baru iaitu iPad dan juga Macbook Pro pada bulan hadapan. Sejak beberapa bulan yang lalu, pelbagai khabar angin mengatakan bahawa iPad mini 2 ini akan hadir dengan skrin Retina Display.

Bagaimana jika iPad mini 2 yang bakal diperkenalkan oleh Apple ini tidak disertakan dengan paparan Retina Display? Adakah ianya masih berbaloi untuk dimiliki? Sebagai menggantikan Retina Display, Apple dikatakan akan menyertakan pengimbas cap jari Touch ID dan penggunaan cip pemprosesan A7 64-bit ada iPad mini 2 ini. Selain itu, sudah tentu Apple akan menambah warna yang begitu laris dan digilai ramai pada iPhone 5S iaitu Champagne Gold.


Beberapa gambar yang menujukkan rekaan iPad mini 2 tersebar di sebuah website China iaitu Welbo menunjukkan penggunaan home button dengan kaca sapphire untuk mengesan cap jari. Selain itu, Sonny Dickson, salah seorang yang boleh dipercayai berkongsi pada akaun twitternya bahawa iPad mini 2 akan disertakan bersama-sama cip A7 64-bit yang terbaru daripada Apple yang ketika ini hanya digunakan pada iPhone 5S.

Walaupun iPad mini sebelum ini hanya menggunakan cip A5 sahaja, ramai yang merasakan iPad mini 2 hanya akan menggunakan cip A6 untuk menjimatkan kos. Pada pandangan kami, Apple akan melakukan perubahan mendadak pada penggunaan prosesor dan akan menggunakan cip A7 64-bit pada iPad akan datang. Apple sebelum ini pernah melakukan perubahan besar pada pengecas mereka dengan memperkenalkan Lightning Cable bersama-sama iPhone 5 tahun lalu.

Apple sudah semestinya mahukan sebanyak mungkin peranti-peranti mereka menyokong 64-bit dengan segera supaya ekosistem iOS dapat berubah secara menyeluruh. Menurut Sonny Dickson, iPad mini 2 dijangka akan hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Space Gray, Silver and Champagne Gold.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...