Sunday, September 29, 2013

Cut The Rope 2 Hujung Tahun Ini




Jika anda merupakan salah seorang peminat Om Nom di dalam permainan popular Cut The Rope, berita ini mungkin akan menggembirakan anda kerana permainan Cut The Rope akan muncul dengan siri terbaru mereka iaitu Cut The Rope 2 pada hujung tahun ini.

Hari ini mereka mengumumkan bahawa Cut The Rope 2 akan membuatkan pemain berhadapan cabaran baru dan berlainan dari versi sebelum ini didalam galaksi yang baru selain membolehkan pemain memilih pelbagai watak baru. Pembangun ZeptoLab berkata sebagai gandingan kepada permainan terbaru itu, mereka sedang menyiapkan kisah Om Nom webisodes yang akan ditayangkan di web, yang kini sudahpun masuk musim kedua.

Permainan ini dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2010 iaitu Cut The Rope, diikuti dengan Cut the Rope: Time Travel dan Pudding Master. Secara keseluruhannya, jumlah permainan yang telah dimuat turun daripada pembangun ZeptoLab adalah melebihi 400 juta muat turun. Sama-sama kita nantikan Cut The Rope 2 yang lebih menarik semestinya.

Rujukan : TheNextWeb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...