Apple hari ini telah pun mengumumkan mereka telah mengemaskini barisan iMac dengan cip pemprosesan Intel Haswell bersama-sama dengan Storage PCIe yang lebih pantas, dan menyertakan Wi-Fi generasi terbaru iaitu Wi-Fi 802.11ac.
“iMac terus menjadi salah satu contoh yang membuktikan bagaimana sebuah komputer boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan, cantik untuk dipandang dan sangat pantas apabila menggunakannya” kata Phil Schiller yang merupakan Senior Vice President Worldwide Marketing di Apple. Badan iMac pula menggunakan aluminium dengan rekaan sangat nipis, manakala pada bahagian dalam iMac kini menggunakan cip Intel yang terkini, PCIe flash storage yang lebih laju dan menyertakan Wi-Fi 802.11ac”
Bermula dengan model 21.5 inci, ianya menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5 2.7GHz quad-core dan dilengkapi dengan grafik Iris Pro yang terbaru, berharga RM 4299. Terdapat sebuah lagi model 21.5 inci dengan spesifikasi lebih tinggi, berharga RM 4999.
Untuk model high-end 21.5 inci dan kedua-dua model 27 inci, Apple menawarkan spesifikasi quad-core Intel Core I5 sehingga 3.4 GHz dan siri grafik NVIDIA GeForce 700 dengan dua kali ganda memori video dan prestasi sehingga 40% lebih pantas daripada generasi sebelumnya. Untuk model high-end 21.5 inci ini, ianya dijual bermula dengan harga RM 5999.
iMac yang dikemaskini ini kini menyokong PCIe-based flash storage dan ini menjadikan Fusion Drive dan kesemua flash storage 50% lebih pantas berbanding iMac generasi sebelum ini. iMac didatangkan dengan memori 8GB dan 1TB hard drive, dan pelanggan boleh memilih untuk menambah memori sehingga 32GB dan 3TB hard drive. iMac juga datang dengan dua port Thunderbolt dan empat port USB 3.0 untuk menyambung kepada storan luaran dan lain-lain peralatan berprestasi tinggi.
Rujukan dan info lebih boleh dilihat di web rasmi Apple.