Friday, September 13, 2013

Apple Memperkenalkan iPhone 5S – Dengan Cip Pemprosesan 64-bit


Bersama-sama pengumuman iPhone 5C, pihak Apple juga turut sama memperkenalkan peranti utama mereka, iaitu telefon pintar iPhone 5S – didatangkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, putih (silver) dan juga kelabu.



iPhone 5S menjadi telefon pintar pertama yang menyertakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7 daripada Apple. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.



Disamping cip A7, pihak Apple juga turut sama menambah sebuah cip baru dipanggil sebagai M7, iaitu sebuah “motion processor”. Melaluinya, ia membolehkan cip khas ini memproses data berkaitan accelerometer, gerakan dan sebagainya. Apple mengatakan ia membolehkan peranti mengetahui gerakan anda, sekaligus amat berguna untuk aplikasi berbentuk sukan dan kesihatan.



Apple juga turut mengatakan mereka memberikan perhatian yang amat baik untuk jangka hayat bateri, dimana kini ia bertahan lebih lama berbanding iPhone 5 sebelum ini.

Melalui iPhone 5S, Apple juga turut memberikan perhatian kepada bahagian kamera mereka, dimana kini ia menyertakan sokongan kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik.

iPhone 5S juga menyertakan dua LED untuk flash – satu berwarna putih dan satu lagi amber, membolehkan ia menganalisa dan menggunakan pencahayaan yang baik bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Apple turut mengatakan iPhone 5 menyertakan sokongan penstabilan imej automatik, dan merakamkan beberapa gambar pada suatu masa, dan kemudian mengabungkan bahagian yang jelas dan tajam untuk sesuatu gambar.



Sokongan mod burst turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan sehingga 10 rakaman dalam sesaat.

Satu lagi fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.

Dan akhir sekali, seperti diura-ura akan sebelum ini, iPhone 5S turut sama menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dinamakan sebagai TouchID.

Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home, dimana pengguna boleh unlock telefon mereka dengan menyentuhnya. Menggunakannya juga, pengguna boleh melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti sebelumnya.





Apple mengatakan ia boleh menyimpan data untuk beberapa jari, selain mana sistem pengimbas bertambah baik dengan kegunaan yang kerap.

Secara keseluruhannya, pihak Apple dilihat memfokuskan kepada tiga perkara utama yang didatangkan dengan iPhone 5S, iaitu cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit, sokongan kamera lebih baik, dan juga pengimbas cap jari dinamakan TouchID.



iPhone 5S akan ditawarkan di beberapa negara utama bermula 20 September ini, dan dijangka akan dijual di lebih 100 buah negara menjelang bulan Disember ini.

Sumber Gambar: TechCrunch

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...