Monday, September 30, 2013

Klien Instagram Untuk BlackBerry 10 – iGrann Dalam Pembangunan



Untuk platform selain daripada Android dan iOS, ia sering dimeriahkan oleh pembangun bebas dengan beberapa aplikasi alternatif. Sekiranya untuk Windows Phone, terdapat beberapa klien Instagram seperti 6tag,Instance dan sebagainya, kini untuk BlackBerry 10 pula salah satu klien akan datang adalah iGrann.

Aplikasi ini dikatakan masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum ditawarkan kepada pengguna.

Daripada apa yang dikongsikan, aplikasi ini kelak akan membolehkan pengguna untuk mendaftar akaun Instagram, memuat-naik gambar, meninggalkan komen, melihat gambar, dan beberapa perkara yang lain.

Versi awalnya dikatakan tidak akan menyertakan sokongan untuk video dan juga kebolehan menambah filter. Tetapi ia dirancang dan bakal diperkenalkan pada masa akan datang.

Ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan dilancarkan kepada umum. Namun, semestinya ia salah satu aplikasi yang dinantikan ramai, apatah lagi akan memudahkan pengguna BlackBerry 10 mengakses Instagram tanpa perlu sideload seperti sebelum ini.
SUMBER RUJUKAN: CRACKBERRY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...