Monday, September 30, 2013

Kepantasan Setiap Generasi iPhone Dibandingkan



Sehingga ke hari ini, sebanyak lapan iPhone telah diperkenalkan (termasuk dua iPhone pada tahun ini iaitu iPhone 5S dan juga iPhone 5C. Dan seperti semua sedia maklum, dari satu generasi ke generasi yang baru, ia membawakan peningkatan dalam spesifikasi, terutamanya dalam kelajuan operasi peranti berkenaan.

Melalui sebuah video yang dikongsikan baru-baru ini, ia memperlihatkan kepantasan setiap generasi iPhone, daripada iPhone 2G sehinggalah kepada iPhone 5S yang terbaru.


Daripada apa yang dilihat, setiap generasi membawakan kepantasan yang dipertingkatkan. Tetapi sekiranya pengguna hanya ingin menggunakannya untuk aktiviti asas, seperti melayari web dan beberapa perkara lain, ia dilihat selepas iPhone 4S tiada sebarang perubahan drastik untuknya. Perubahan selepas iphone 4S boleh dikatakan lebih kepada aktiviti yang menggunakan tenaga pemprosesan tinggi, seperti memainkan permainan video dan sebagainya.

Pada masa yang sama, melalui video ini juga ia dilihat iPhone 4 yang menjalankan iOS 7 mengambil sedikit masa yang lama untuk memulakan peranti, selain mana semua peranti yang menjalankan iOS 7 mengambil masa lebih lama untuk dimatikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...