Wujudkah wanita yang memilih harta berbanding cinta atau dalam bahasa mudahnya perempuan materialistik?..dari pemerhatian dan pengalaman aku..wanita metarialistik memang ada dan bersepah..tujuan metarialistik ofcoz nak kemewahan..tapi kalau nak dibandingkan harta dengan cinta ni, macam ada yang tak berapa kena la aku rasa..dan ni la isu yang aku nak kupaskan..cewahh.. kehkehkeh...
Citer pasal perempuan metarialistik ni sebenarnya bagi aku hanya lebih di gembar gemburkan media je dalam drama dan filem melayu ni.. asal pompuan mata duitan je mesti tak pandang laki sengkek walaupon hensem dan baik..pastu eksyen gila babi..tapi kesah yang digambarkan dalam drama tu biasa la kan..lebih-lebih sangat dan tak sampai kesudahan pon..hahaha..antara yang aku ingat, citer pisau cukur lakonan maya karin dengan fazura tu...tah apa-apa je citer tu..tapi sebab dulu aku suka fazura, tengok gak la..haha..
Apa yang aku nampak perempuan materialistik ni sebenarnya jiwa kacau..dan kadang-kadang forever alone..tu yang buatkan dia anggap duit segala-galanya...tapi aku tak salahkan diorang ni..kalau dia materialistik yang tak bergantung dengan mana-mana bf, sugardady tapi memang mengejar kemewahan atas usaha sendiri, apa ada hal kan..duit dia sendiri...lantak la..
Tapi bila ada yang mengeluarkan statement "ciri-ciri lelaki idaman aku mestilah kaya" atau "cinta tak boleh bagi makan anak orang" aku rasa orang laki yang masih mencari calon isteri baik abaikan je orang camni..hahaha..serius apa yang dia cakap tu, masih menunjukkan dia belum matang..bagi la peluang dia jadi pisau cukur dulu puas-puas...hahaha..
tengok umur cukup la..hahaha
Antara ciri-ciri, perempuan materialistik ni memang cita-cita nak cari bf, laki kaya je..takda duit takda cinta..hahaha.watdepap...tapi aku jamin la kalau niat dah salah, tu bukan cinta walaupon laki tabur kau duit..dan tak mustahil la tetiba dia jatuh cinta dengan orang biasa je..hahaha..korang kena ingat, kalau dah namanye cinta, takda maknanye harta jadi ukuran beb..biarlah laki tu posmen ke, pelukis pelan ke, pakai kapcai ke.. kalau dah cinta, tetap laki tu dia terima..bawak datang la orang paling kaya kat dunia pon dia tak pandang dah..masa tu feel bukan cinta untuk pegi shopping lagi kalau tengok hp pon dah sengih bahagia sorang-sorang..hahaha..
Kalau diberi pilihan, sorang laki biase, sorang kaya, tapi hati korang ada kat laki biase ni...ye ke korang nak pilih lelaki kaya?..hanya tuhan je la yang tahu..tak alami sendiri sapa tahu kan...tapi pendapat aku la, kuatnya kuasa cinta tu, harta, kemewahan, wat ever, takleh lawan kuasa cinta yang Allah kurniakan..biar la sebelum tu kemain lagi tak nak laki miskin, nak yang kaya je..tapi bila jodoh yang sebenar muncul, baru korang tau..hahaha..masa ni sebab dah cinta betul, susah bersama pon sanggup..
So, kesimpulannya cinta takleh dibandingkan dengan harta, sebab apa yang kononnye di bandingkan tu bukanlah realiti cinta yang sebenar pon..cuba laki kaya tu tetiba muflis,ofkos korang yang materialistik ni pon nak tinggalkan dia kan..tu bukannye cinta bai..tu forever alone..kehkehkeh...apapon harap korang paham la yang entri ni bukan aku nak mengata orang perempuan, cuma nak bagi pencerahan yang perempuan materialistik ni sebenarnya belum jumpa cinta sebenar jer, sebab tu dia bleh cakap camtu..hehe..
p/s : jiwang lak entri aku ni pahal..hahaha