Agak biasa wanita mengalami masalah keputihan dan masalah ini membimbangkan .Jom baca sedikit info yang bermanfaat berkaitan dengan masalah keputihan di kalangan wanita.
Penyebab :
Sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.
Kerap berlaku kepada gadis dan juga wanita dewasa
Simptom umum yang biasa dapat dikesan adalah :
rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj
kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan)
pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi
Penghidap mungkin juga mengalami rasa sakit semasa hubungan seks
Sakit masa buang air kecil
Info :
Dalam keadaan normal, kehadiran candida albicans dalam tubuh manusia tidak menimbulkan gangguan. Gangguan hanya akan muncul apabila keseimbangan populasi flora normal ini mengalami perubahan.
Perubahan keseimbangan flora normal dalam faraj terjadi kerana pengambilan ubat perancang kehamilan, menstruasi, semasa hamil, membasuh bahagian faraj dengan sabun atau pencuci faraj secara berlebihan. Ini dapat menyebabkan perubahan hormon yang akhirnya akan mempengaruhi keasidan pH pada bahagian faraj. Adanya perubahan pH ini akan mempengaruhi keseimbangan flora normal yang ada di dalamnya dan menyebabkan flora yang tidak normal membiak secara berlebihan.
Rawatan dan cara pencegahan untuk masalah keputihan :
Menggunakan ubat antikulat (antijamur).
Elakkan penggunaan sabun atau perfume pada bahagian faraj untuk mencegah iritasi
Patikan agar bahagian sulit tetap bersih dan kering
Elak pakaian dalam yang ketat dan tidak dapat menyerap peluh.
Terapi ubat-ubatan antijamur (dalam nama generik) seperti klotrimazol, mikonazol, ekonazol, nystatin, ketokonazol, itrakonazol, dan flukonazol, boleh didapati di klinik-klinik dan farmasi. Ubat-ubatan tersebut dapat digunakan secara oral, diminum atau digunakan langsung pada bahagian faraj mengikut arahan atau preskripsi daripada doktor
Hendaklah berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Elak menggunakan bahan pencuci kerana bahan tersebut boleh memusnahkan normal flora yang ada disekitar vagina