Saturday, September 1, 2012

Mode camera?? perlu ke tahu

saya akan terangkan secara mudah apa dan bagaimana mode-mode ini mempengaruhi gambar yang akan anda hasilkan. *memandangkan penerangan kali ini tertumpu kepada kes-kes macam kawan saya itu, jadi saya akan tekankan kepada penggunaan mode automatic dan lain-lain.



  • Mode auto 
    • Mode auto biasanya digunapakai oleh mereka yang baru menggunakan kamera DSLR kerana ianya mudah. Mode ini menyerahkan semua setting kamera untuk diuruskan oleh pemproses kamera. Anda hanya perlu menekan butang shutter sahaja. Kamera telah pun menentukan nilai aperture, iso, dan shutter speed yang sesuai pada ketika itu. Jika dalam keadaan kurang cahaya popup flash akan terbuka sendiri untuk membantu pencahayaan. 
  • Mode Program (Simbol P) 
    • Mode Program (Simbol P) Mode program fungsinya hampir sama dengan Mode Auto cuma dalam mode ini beberapa fungsi dibenarkan untuk diubah. Antaranya ialah nilai iso, white balance & exposure compensation.  
  • Mode Aperture Priority (Simbol A)
    •  Mode Aperture Priority membenarkan anda mengubahsuai nilai aperture dan kamera mengawal fungsi yang lain. Untuk kamera entry nikon seperti D3000, D5000 dan yang seangkatan dengannya, dalam mode ini apabila anda menggerakkan pendail, ia akan mengubah saiz bukaan aperture. 
  • Mode Shutter Priority (Simbol S) 
    • Sama seperti mode aperture priority mode shutter priority membenarkan anda mengawal kelajuan shutter terutamanya ketika ingin mengambil gambar objek bergerak. Fungsi lain akan di kawal oleh kamera. Jika anda menggerakkan pendail, ia akan mengubah kelajuan shutter anda. 
  • Mode Manual (Simbol M) 
    • Ini adalah mode kegemaran saya. Dengan mode ini anda boleh mengawal semua fungsi secara manual. Walaupun begitu, penggunaan mode ini mendedahkan anda kepada kegagalan mendapatkan hasil gambar yang baik sekiranya anda masih tidak mahir tentang fungsi 3 serangkai iaitu aperture, iso, dan shutter speed. Untuk menggunakan mode ini anda adalah dinasihatkan untuk selalu berlatih dan memahami fungsi-fungsi yang dinyatakan. 
  • Mode Portrait
    • Potret  Seperti namanya, ianya berguna untuk anda mengambil gambar portrait di “siang” di mana sumber pengcahayaan lebih kuat. Siang kan… mesti la ade matahari atau, Indoor portrait di kawasan yang terang. Ianya juga akan turut mempengaruhi sistsem Auto Focus anda. Memandangkan kini, kebanyakan kamera kompak mempunyai teknologi Face Detection .  Mode Landscape atau Pemandangan   
  • Mode Landscape atau Pemandangan 
    •  Ianya sangat berguna ketika anda mengambil gambar2 pemandangan yang indah ciptaan tuhan. Kenapa pakai mode ni? pakai mode lain pun keluar gambar juga? Begini, dalam lens anda tu, ada satu mechanism bernama Aperture. Bila mode landscape digunakan, aperture tersebut akan mengecil untuk membolehkan gambar yang dihasilkan mempunyai kawasan yang berada dalam focus seluas mungkin atau lebih dikenali sebagai Depth of Field . Apabila aperture yang digunakan kecil, Ianya akan turut mempengaruhi sharpness gambar tersebut. 
  •  Night Portrait Mode 
    • Mode ini pula bersesuaian untuk digunakan jika korang nak ambil gamba kawan2 korang waktu malam.  Mode ni, akan membuatkan kamera korang akan mengira Exposure yang balance untuk meng-expose-kan subjek korang iaitu kawan2 korang beserta background korang sekali. Ianya bukanlah membuatkan background korang terang sebagaimana subjek korang, tetapi, ianya membuatkan background korang tak terlalu gelap. Ianya juga akan menyebabkan kamera anda menggunakan tahap sensitiviti ISO yang tinggi bergantung pada kamera masing-masing. Walaubagai manapun, saya menasihatkan korang supaya menggunakan tripod sekiranya anda perlu menggunakan mode ini.  
  • Night Mode 
    • Night mode ini bersesuaian jika anda mahu ambil gambar ketika malam, ataupun sumber cahaya yang malam. Ianya juga akan menyebabkan kamera anda menggunakan tahap sensitiviti ISO yang tinggi bergantung pada kamera anda.
  •  Macro Mode 
    • Mode macro ini akan membenarkan camera  korang mencapai jarak fokus yang lebih dekat. Dimana, camera s korang akan mampu untuk fokus pada objek-objek yang berdekatan dengan lensa. Ianya secara tak langsung membuatkan subjek  korang kelihatan lebih besar dan dekat.   
  • Sport Mode 
    •  Mode ini sangat berguna jika s korang di dalam situasi dimana s korang perlu meng-freeze-kan subjek s korang. 
kesimpulanya, kepada rakan-rakan seperjuangan yang baru naik atau sinior, harap anda lebih paham mode-mode yang ada pada kemera anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...