This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Time to Explore (visit MALAYSIA 2014)

Journey into the world’s oldest rainforests, leaving behind only fleeting footprints and a mountain of memories

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, November 21, 2013

Logitech PowerShell Untuk iPhone Bakal Hadir Ke Malaysia



Hari ini, pihak Logitech telah pun memperkenalkan aksesori permainan mereka untuk pengguna iPhone, dinamakan sebagai PowerShell. Melaluinya, ia menawarkan sokongan kawalan butang analog apabila memainkan permainan menggunakan telefon pintar iOS tersebut.


Logitech PowerShell turut sama hadir dengan bateri tambahan, menawarkan penggunaan lebih 1500mAh apabila kerangka luar tersebut dihubungkan ke iPhone. Selain iPhone 5 dan iPhone 5S, ia juga turut sama menyokong iPod Generasi ke-lima untuk dihubungkan padanya.

Melalui laman rasmi Logitech PowerShell, ia membawakan tanda harga RM399 dan dijangka akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
SUMBER RUJUKAN: LOGITECH

Intel Malaysia Berkongsi Ramalan Teknologi Untuk Tahun 2014



Dengan hanya lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi sebelum tahun 2014 menjelang tiba, semestinya ramai yang ingin ketahui apakah perubahan yang bakal dibawakan pada tahun baru tersebut. Hari ini, pihak Intel Malaysia telah berkongsi beberapa perkara berkenaan dengannya.
Sambungan Rangkaian Yang Dipertingkatkan Untuk Ekonomi

Internet telah menjadi salah satu perkara utama pada hari ini, apatah lagi dalam melibatkan perniagaan dan sebagainya. Tablet dan telefon pintar dijangka akan terus menjadi peranti utama untuk berhubung pada tahun 2014 kelak.

Berbeza dengan lebih kurang lima tahun yang lepas, kini hampir semua pengguna mempunyai telefon mereka masing-masing dalam memudahkan perhubungan antara satu sama lain. Perkara ini juga sekaligus memberikan kesan positif kepada ekonomi negara secara amnya.

Walaubagaimanapun, pada negara-negara yang sedang membangun, salah satu perkara yang menjadi halangan adalah kos untuk sambungan rangkaian yang masih tinggi buat masa ini. Kerajaan dijangka akan terus memainkan peranan utama dalam mempertingkatkan capaian dikalangan penduduk sepanjang tahun hadapan.

Di Indonesia, pihak Intel dilihat bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi Telkom dalam menawarkan sambungan rangkaian percuma apabila membeli peranti dengan cip Intel.
Evolusi Pendidikan

Mendidik orang tua dalam pendidikan digital adalah suatu cabaran yang tinggi.Intel meramalkan antara tiga ke lima tahun lagi, rantau ini akan melihat perkembangan yang tinggi dalam penggunaan peranti, terutamanya dikalangan pelajar. Sepanjang tahun 2014 juga, ia dikatakan kadar celik digital bakal meningkat dengan kerajaan yang membuat pelaburan pada perkara tersebut. Seperti biasa, dengan kadar celik digital yang tinggi, ia sekaligus akan menyumbang kepada ekonomi dan pendidikan dalam sesuatu negara.

Dalam mempertingkatkan capaian pendidikan, selain daripada penggunaan peranti, perkara utama yang menjadi fokus adalah kandungan yang ditawarkan dan boleh didapati untuk pelajar. Perkara ini sekaligus memerlukan sesuatu institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam terus menambah kandungan yang disesuaikan untuk pelajar mereka.

Bukan sekadar untuk pelajar muda, pendidikan digital juga membolehkan ramai pihak mengambil kelebihan daripadanya. Sebagai contoh, seorang petani boleh menggunakan internet untuk mengakses data semasa berkaitan dengan cuaca, harga semasa, dan pelbagai informasi tambahan dalam menjadikan hasil mereka lebih bermutu serta pada masa yang sama menguntungkan mereka.

Intel sendiri dikatakan melabur dalam pendidikan, dan telah melatih lebih 10 juta guru-guru diseluruh dunia melalui program Intel Teach mereka.

Pengguna Inginkan Tahap Interaksi Yang Lebih Baik

Pada hari ini, ia boleh dikatakan terdapat beberapa kaedah untuk manusia dan mesin berinteraksi, sama ada melalui sentuhan, suara dan sebagainya. Pada tahun 2013 sendiri, pembelajaran mesin dikatakan meningkat, membolehkan mereka memahami manusia dengan baik.

Pada tahun 2014, pelbagai teknologi dijangka akan memudahkan interaksi, dan antara yang akan menjadi fokus utama adalah termasuk terjemahan suara-ke-suara, AR (augmented reality), kawalan gesture, kawalan suara, dan juga peranti boleh-pakai (wearable device).

Tahun 2013 menyaksikan pelbagai peranti berasaskan Intel hadir, terutamanya dalam format 2-dalam-1 yang menawarkan bukan sahaja kaedah penggunaan biasa, tetapi juga turut menyokong skrin sentuh dan juga kawalan berasaskan suara.

Dalam tempoh lebih kurang 12 bulan yang lepas, pelbagai peranti boleh-pakai menjadi fokus utama, apatah lagi jam tangan pintar dan juga Google Glass. Trend ini dijangka akan terus meningkat dalam tempoh tiga ke limat tahun akan datang, dan ia juga sekaligus dijangka akan menyumbang kepada perkara berkaitan kesihatan dan sebagainya. Sebagai contoh, mesin boleh mengetahui kadar degupan jantung dan memberikan mesej kecemasan kepada mereka yang berdekatan apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Selain peranti boleh-pakai, satu lagi trend yang dijangka akan terus berkembang adalah percetakan dalam bentuk tiga-dimensi.
Big Data

Big Data telah menjadi salah satu perkara yang disebut-sebut pada tahun ini. Dengan lebih 1.5 bilion pengguna dijangka akan mempunyai akses ke internet dalam masa beberapa tahun lagi, semestinya perkara utama yang menjadi fokus ramai adalah berkaitan dengan data pengguna.

Data pengguna seperti demografik, penggunaan mahupun data kesihatan merupakan sesuatu yang menjadi fokus ramai. Melalui penggunaan data ini, ia membolehkan pelbagai perkara dicapai dengan mudah. Sebagai contoh, untuk industri kesihatan, ia mungkin boleh menyumbang untuk mengatasi beberapa penyakit dan hadir dengan cara untuk mengubati pesakit.

Namun, dengan penggunaan pelbagai data ini, satu lagi perkara yang dijangka akan menjadi perbualan ramai adalah berkenaan dengan kadar privasi pengguna dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, pihak kerajaan sendiri memainkan peranan penting dengan memperkenalkan undang-undang penggunaan data dan sebagainya supaya data yang dikumpulkan tidak disalah guna oleh organisasi dan sebagainya.
RightLeft
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8

Qualcomm Memperkenalkan Snapdragon 805 – Hadir Dengan Sokongan 4K



Snapdragon 800 di pasaran hari ini boleh dikatakan antara cip pemprosesan berkuasa di pasaran hari ini. Namun, ia masih meneruskan evolusinya, dan hari ini Qualcomm memperkenalkan cip pemprosesan baru mereka, Snapdragon 805.





Snapdragon 805 disasarkan untuk peranti mudah-alih seperti tablet, telefon pintar dan sebagainya, yang mana membawakan kualiti gambar, video serta grafik yang amat baik.

Cip pemprosesan Snapdragon 805 turut menyertakan Adreno 420 GPU yang membawakan kuasa grafik lebih 40% berbanding Snapdragon 800 sebelum ini. Qualcomm turut mengatakan ia merupakan cip pemprosesan pertama yang menawarkan sokongan UltraHD pada tahap sistem, menawarkan rakaman dan memainkan video 4k pada peranti mudah-alih.

Dengan pengenalan cip pemprosesan ini, kita mungkin akan dapat melihat telefon pintar, tablet dan pelbagai peranti lain yang menggunakannya hadir ke pasaran tidak lama lagi.
SUMBER RUJUKAN: CNET

Intel Malaysia Berkongsi Pencapaian Sepanjang Tahun 2013



elain berkongsi ramalan teknologi untuk tahun 2014, pihak Intel Malaysia turut sama berkongsi pencapaian mereka sepanjang tahun 2013 ini, dimana memperlihatkan beberapa peningkatan dan perubahan, terutamanya dalam arena cip pemprosesan.
Mengubah Landskap PC

PC hari ini hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding 4 tahun lepasPada tahun ini, Intel telah memperkenalkan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-4 yang turut dikenali dengan nama “Haswell”. Selain peningkatan pada kuasa pemprosesan dan grafik, cip berkenaan juga turut sama telah membawakan penjimatan tenaga sekaligus menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Disamping cip pemprosesan Haswell, pelbagai peranti hadir dalam bentuk 2-dalam-1 iaitu gabungan antara tablet dan juga komputer riba. Intel Malaysia mengatakan bilangan rekabentuk komputer 2-dalam-1 akan mencapai lebih 50 dalam masa terdekat ini.

Selain Haswell, Intel juga turut sama telah melancarkan cip Silvermont pada bulan Mei yang mana membawakan tenaga pemprosesan 3 kali ganda dan penjimatan tenaga sehingga 5 kali ganda berbanding cip Intel Atom.

Intel Atom Z3000 “BayTrail” yang memfokuskan kepada peranti mudah-alih seperti tablet dan telefon pintar turut sama diperkenalkan tahun ini yang membawakan rekaan peranti yang lebih nipis, disamping menawarkan tenaga pemprosesan dan masa bertahan bateri yang baik.

Pasaran tablet juga dilihat oleh Intel telah meningkat dengan drastik, dengan lebih ramai pengeluar yang menawarkan tablet pada harga rendah – seperti Asus dan juga Dell.

Big Data

Dengan lebih ramai yang mengakses internet, terma “Big Data” telah diperkatakan hangat sepanjang tahun ini. Intel sendiri telah melancarkan Big Data Inovation Center di Singapura bersama-sama beberapa rakan kerjasama dalam menawarkan sebuah pusat untuk syarikat menguji pembangunan mereka.

Intel turut sama melabur pada perisian Big Data melalui Intel Distribution for Apache Hadoop pada tahun ini, yang mana membantu kerajaan dan organisasi dalam menambah baik rangkaian dan sebagainya.

Intel Xeon Processor E3-1200 v3 turut telah hadir pada tahun ini yang mana menawarkan pelbagai peningkatan kepada pusat data. Menurut Intel, dalam tempoh antara 2012 ke 2020, angka storan data dijangka berganda setiap tahun – kelak mencapai sehingga 40ZB. Dengan peningkatan data dari hari ke hari ini, Intel memfokuskan kepada tawaran tenaga pemprosesan yang tinggi dengan sokongan ruangan storan yang besar dari hari ke hari.
Membantu Ke Arah Inovasi

Selain mengeluarkan produk baru untuk pusat data dan juga untuk pengguna, pihak Intel turut melabur dalam mempertingkatkan daya inovasi bermula daripada bangku sekolah lagi.

Intel International Science and Engineering Fair merupakan salah satu pertandingan kajian berasaskan sains dan kejuruteraan yang dianjurkan oleh mereka. Pada tahun ini, lebih 1500 pelajar dari seluruh negara telah menyertainya, memperlihatkan pelbagai inovasi hadir daripada anak-anak muda ini.

Dari Malaysia, pelajar Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Nur Liyana Johari telah memenangi anugerah tempat kedua daripada United Airlines Foundation, dan juga anugerah tempat ketiga dalam pengurusan persekitaran. Beliau telah hadir dengan projek dinamakan “BIO-OIL – The Use of Specially Made Catalyst”. Selain beliau, pelajar SMK Batu Lintang, Sarah Wong Jia Xin turut memenangi anugerah tempat ketiga dalam kejuruteraan melalui projek beliau “Use of Biosorbent for Removal Colour and Heavy Metal From Dyied Waste Water“.

Intel Malaysia sendiri mengatakan telah menyumbang dalam beberapa program dalam pembangunan komuniti sepanjang tahun ini.
RightLeft
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Wednesday, November 20, 2013

Bagaimanakah Skrin Pada Bahagian Tepi Peranti Samsung Bakal Digunakan?



Lima hari yang lalu kami ada melaporkan berita Samsung mungkin akan menghasilkan peranti dengan skrin pada bahagian tepi. Ini secara efektif membolehkan peranti keluaran mereka mempunyai 3 skrin sekaligus. Ramai tertanya-tanya apakah logiknya Samsung mefailkan paten untuk peranti yang aneh ini. Adakah ianya bakal gagal seperti 8 gajet gimik yang pernah dihasilkan pengeluar peranti mudah alih sebelum ini?
original (5)

Hari ini paten yang difailkan oleh Samsung ini tertiris ke arena web dan menunjukkan fungsi-fungsi yang agak menarik yang bakal mereka ketengahkan. Antara yang diperlihatkan ialah skrin tepi menunjukkan tahap pengecasan bateri ketika disambung pada palam pengecas dan tab kecil seperti penanda buku ketika mengakses aplikasi pelayar web. Skrin tepi juga boleh digunakan untuk membuka peranti dengan melakukan tatalan pada skrin sisi. Fungsi-fungsi yang dipatenkan ini sangat menarik. Hanya masa akan menunjukkan sama ada fungsi ini bakal menjadi ikutan pengeluar lain atau kekal sebagai gimik seperti Galaxy Round.
RightLeft
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

Konsep – Samsung Galaxy S V



Kita sudah memasuki pertengahan bulan November dan ini bermakna dalam kurang 4 bulan Samsung akan memperlihatkan model terkini Galaxy S V mereka. Terdapat pelbagai spekulasi berkenaan peranti flagship (utama) Samsung ini. Antara ura-ura yang kami dengar setakat ini ialah penggunaan pemproses 64 bit, skrin melangkaui 1080p dan skrin pada 3 sisi peranti. Mari kita lihat konsep Samsung Galaxy V yang dihasilkan oleh Maël Oberkampf. Adalah rekaan di bawah menarik minat anda? Kami rasakan skrin beresolusi 4K mungkin terlalu melampau untuk sebuah peranti sebesar 5.5 inci. Apakah fungsi yang patut ada untuk peranti generasi kelima Galaxy S pada pendapat anda? Jika ada satu fungsi yang kami benar-benar mahukan ialah rekaan semula antaramuka TouchWiz yang lebih mesra pengguna.



SUMBER RUJUKAN: MAEL OBERKAMPFT

Firefox Nightly Dikemaskini Dengan Sokongan Antaramuka Australis



Mozilla hari ini telah mengumumkan secara rasminya yang mana antaramuka pelayar web baru mereka, Firefox Australis telah pun hadir pada Firefox Nightly, sekaligus memperlihatkan ia akan hadir ke versi stabil dalam beberapa bulan lagi.


Mozilla mengatakan antaramuka baru ini telah direkabentuk dengan amat baik, membawakan kemaskini bukan sahaja dari segi visual, tetapi turut menjadikan ia lebih pantas dan mudah dikendalikan berbanding sebelumnya.

Dengan pengenalan pada versi Nightly hari ini, ia sekaligus memberikan idea yang mana kita hanya akan melihat ia akan hadir ke versi stabil pada tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Firefox Nightly hari ini, dan mencuba sendiri pelbagai perubahan dari segi antaramuka dan fungsi yang dibawakan oleh Mozilla pada pelayar webnya.
Muat-Turun Firefox Nightly
SUMBER RUJUKAN: MOZILLA UX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...